Wednesday, December 3, 2008

Main Air

The Carnivall, Sungai Petani

Abang Kawe call, katanya kalu ada kes di Penang hari isnin tu mari la awal sikit singgah rumah dia di Grik. Kawe pun OK setelah nampak org rumah aku pulak lebih-lebih. Dah boleh agak dah, mesti ada plan tersembunyi ni antara dia dan kakak ipar kawe.

Sampai je sana pagi Sabtu, Abang dan akak serta tenteranya daripada Sabah dah ada kat sana. Kawe baru dengkur 2-3 kali, diajaknya ke Tambun. Katanya "Jom main air, bebudak dah melalak nak main air"

Macam la kawe ada anak besar. Yang 7 bulan tu bukan reti jalan pun... main air jauh sekali.

Tapi tukar plan ke Sungai Petani, The Carnival. Mula-mula rakyat (anak buah) kawe yang gila main air, tapi lepas 40 minit dok layan depa, Pak Teh (kawe la tu) pulak yang gian semacam. Keluar jam 6.00 petang

Petang tu abang sorang lagi tepon cakap On the way ke Sg Petani dengan isteri serta anak-anaknya. Maka bermalam la kami di Sungai Petani. nasib baik hotelnya murah. Tapi WIFI dia sengal sikit. Cuba buka web kawe, dikatanya dah kena hack.

Bagi melayan anak buah yang baru sampai dari Kota Bharu tu, pepagi esoknya aku ikut pulak depa ke Bukit Merah Lake Resort. Kali ini tak tunggu 40 minit. 4 minit awal, aku dah terjun dengan pelampung. Akibatnya, sampai hari ini aku Demam!

Anak kawe pun demam sebab dia main sama kawe di Bukit Merah Lake Town Resort. Nanti kawe tuliskan mengenai 2 tempat main air tu sebab banyak bezanya. Nanti korang boleh pilih mana nak try dulu.

1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►