Thursday, November 27, 2008

Pihak Pendakwaan Menutup Kes

Kuala Lumpur: Pihak Pendakwaan hari ini menutup kes pendakwaan ke atas seorang buruh bagi pertuduhan di bawah seksyen 474 Kanun Keseksaan setelah selesai dengan 9 saksi pendakwaan kesemuanya. Saksi ke-9 hari ini iaitu Encik KC Cheng daripada Master Card International (Asia Pacific) selesai memberi keterangan.

Pihak Mahkamah bagaimanapun mengarahkan peguambela, Encik Hisham Nazir terus membuat hujahan secara lisan dan menangguhkan kes tersebut sementara beberapa kes lain dapat di klarifikasikan oleh pihak pendakwaan.

Walaubagaimanapun, pihak Mahkamah yang Mulia membenarkan penangguhan sebagaimana yang dimohon oleh pihak Peguambela bagi membolehkan satu hujahan lengkap dibuat bagi keadilan pihak anakguamnya setelah dipersetujui oleh pihak Pendakwaan.

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►