Tuesday, September 30, 2008

Belajar biar berguru

.
Seperti biasa pagi-pagi cuti di kampung akan membuatkan kawe pergi ke pasar untuk beli nasi berlauk sebagai breakfast keluarga. Cuma bezanya kali ini, tiada nasi berlauk pagi buta begini kerana inikan bulan Ramadhan. Destinasi kawe adalah ke Maybank. Tergamam tengok panjangnya BARISAN (ayat sensitif di negeri Kelantan.. hehehe)

Dari dalam pintu kaca, kawe nampak seorang mamat yang agak familiar kalau dilihat dari kelibatnya. Melilau kawe mencarinya dalam pasar Pengkalan Chepa.

Tap. Bahu kawe ditepuk. Kedengaran ketawa kecil dari seorang anak muda lingkungan 30an lengkap berketayap. “Cari kawe ke?”

“Abg Man, mana lama tak nampak?”

Abg Man merupakan kawan lama kawe di Kelantan. Nak kata rapat sangat, pernah bermasam muka juga. Tapi sebab mudah baik, kawan rapat la kot pada suatu ketika. Kerjaya menjarakkan kami tetapi pengalaman beberapa tahun bersama beliau agak menarik.

“Kawe dengar demo sertai kursus perubatan Islam xxxxxx tempohari?” Kawe memancing cerita baru Abang Man.

Dia cuma tergelak dan senyum menandakan beliau faham sikap kawe yang suka mengorek cerita-cerita pelik dan minat beliau mengenai perubatan tradisional. Abang Man sebenarnya seorang yang tidak kelihatan sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang perubatan Islam mahupun tradisional kerana beliau tidak pernah menjual mahupun menggunapakai ilmu-ilmu tersebut pada mana-mana masa kecuali beberapa masa dan ketika yang kawe ketahui. Selebihnya hanya Allah SWT yang tahu.

Seawal usia 10 tahun beliau amat berminat mengenai ilmu kemelayuan. Mungkin DNA keturunan yang dia dapat kot. Semasa umur beliau 14 tahun, beliau menceburi silat dan beberapa senibeladiri lain. Sekadar minat katanya. Nak hebat memang jauh sekali. Paling tidak berpeluh tu akan memberikan kesan baik kepada kesihatan. Katanya la.. percaya atau tidak itu bukan urusan kawe rasanya.

Mamat ni gila-gila sikit dulu. Mana tidaknya pada umur orang lain dok sibuk nak ambil SPM, dia tengah menghatam ilmu Teri dengan Bomoh Teri di Kelantan

“Kawe join kursus perubatan Islam tu saja nak tambah ilmu. Sekadar untuk Ilmu. Baik tahu dari tidak” Beliau cuba terangkan. Kawe setakat dengar masuk kanan keluar telinga kiri sahaja.

“Lagipun kawe suka perwatakan Ustaz yang mengajar tu dan cara dia mengubat”

Menurut Abang Man kebanyakan guru-gurunya dah Arwah maka guru semasa perlu dicari sekiranya ada masalah atau ingin rujukan maka beliau mempunyai alternatif. Sepanjang pengetahuan kawe beberapa guru pernah didampingi seperti beberapa pengamal perubatan dan orang tua seperti Tok Minhat, Tok Rengit, Mak Lumat dan beberapa ustaz yang tidak perlu kawe nyatakan.

“Ilmu perlu berguru... Hilang Guru mesti diganti” Pesan beliau sebelum berlalu dengan anak kecilnya.


Nota: Gambar adalah mainan Main Puteri (Main Teri) semasa berubat secara buang angin (bukan kentut tahu!)

2 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►