Wednesday, May 7, 2008

Peniaga Pasar Malam dibenarkan Ikat Jamin dengan RM8,000.00

Kuala Lumpur: Hari ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak tertuduh, Rizaluddin bin Mustafa seorang peniaga pasar malam bagi pengurangan jaminan daripada RM20,000.00 kepada RM8,000.00 dan diwajibkan melaporkan diri di balai polis terdekat setiap Isnin.

Terdahulu Rizaluddin di dakwa atas kesalahan membunuh tanpa niat di bawah seksyen 304A Kanun Keseksaan mulanya telah ditawarkan jaminan sebanyak RM30,000.00 dan ditetapkan sebanyak RM20,000.00 setelah mengambilkira mitigasi Pihak Pendakwaan dan pihak Rizaludin tidak diwakili peguam pada masa tersebut.

Hari ini, Rizaluddin melalui Peguambela beliau, Hisham Nazir telah membuat permohonan secara rasmi kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Hakim Fatahiyah Idris bersetuju dengan hujahan pihak Pembelaan dan membenarkan jaminan sebanyak RM8,000.00 dengan syarat tambahan dengan melaporkan diri ke balai polis terdekat.

Terdahulu, Peguambela memohon maaf atas ketidakhadiran pihak keluarga dan penjamin ke Mahkamah kerana kertas kausa diesktrak lambat dan pihak keluarga gagal dihubungi dalam masa sehari. Peguambela juga memohon meneruskan permohonan tanpa kehadiran bakal Penjamin. Pihak Pendakwaan juga tiada bantahan bagi meneruskan permohonan tersebut walaupun kertas kausa hanya dapat diserahkan kepada pihak Pendakwaan pada jam 11.00 pagi semalam (06.05.2008).

Beberapa kali pihak Pendakwaan tersalah fakta mengenai perjalanan kes ini dan perkara tersebut dibetulkan oleh pihak peguambela Rizaluddin Mustafa.

1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►