Mahkamah Sesyen (J2) Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes perbicaraan ke atas Mohammad Aiman (bukan nama sebenar) dan Norazah (bukan nama sebenar) yang dituduh di bawah seksyen 489C dan 489D Kanun Keseksaan setelah ditahan mengedar dan mengeluarkan salinan mata wang Malaysia pada tahun sekitar tahun 2006. Kes tersebut pernah mengemparkan Kuala Lumpur pada masa tersebut terutama ketika itu terdapat cerita bahawa di pasar malam terdapatnya sekumpulan yang mengedarkan wang palsu.Peguambela, Encik Hisham telah memohon kepada pihak Mahkamah yang Mulia bagi suatu penangguhan kepada perbicaraan tersebut memandangkan kesemua dokumen yang dimohon oleh pihak pembelaan semenjak 12hb September 2006 gagal dibekalkan kepada pihak Pembelaan. Dalam masa yang sama, anakguam beliau iaitu Norazah tidak dapat menghadiri Mahkamah pada pagi ini memandangkan cuti bersalin bagi anak pertama.
Pihak Mahkamah yang Mulia membenarkan penangguhan tersebut memandangkan pihak Mahkamah juga mempunyai satu kes sambung bicara yang perlu didahulukan.
Pihak Pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya Abarzee tidak mempunyai apa jua bantahan mengenai permohonan tersebut.
Kes bicara di bawah seksyen 489C dan 489D Kanun Keseksaan ditangguhkan
KOTA KINABALU 6 Feb. – Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan dengan kos rayuan dua kasino asing untuk mendapatkan semula hutang berjudi berjumlah RM7.1 juta bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam.Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk James Foong, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Mohamad Raus Sharrif memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam membuat kesimpulan bahawa untuk mendaftarkan penghakiman Mahkamah Tinggi England bertentangan dengan polisi awam di Malaysia.
Hakim-hakim itu turut mengetepikan dengan kos rayuan balas oleh peguam responden Sugumar Balakrishnan.
Seorang wakil bagi perayu, Alexa Brummer, Pengarah Komplians Ritz Hotel Casino Limited yang berpusat di London, kelihatan amat gembira Hakim Foong, yang mengetuai panel tiga hakim itu, membacakan penghakiman. Beliau diiringi oleh peguam dari Kuala Lumpur Ruben Mathiavaranam. Osu tidak hadir.
Ekoran penghakiman yang diperoleh oleh Mahkamah Tinggi England di mana responden gagal hadir di Mahkamah London berhubung cek tendang yang dikeluarkannya kepada kasino itu pada 2002, perayu membuat permohonan untuk mendaftarkan penghakiman itu di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada 13 September, 2004.
Bagaimanapun, pada 5 Julai, 2005, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ian HC Chin, mengetepikan permohonan oleh kedua-dua kasino itu untuk menguatkuasakan penghakiman terhadap Osu bagi mendapatkan hutang judi RM7,142,859.98.
– Bernama
Rayuan dapatkan hutang judi RM7j Osu dibenarkan
Subscribe to:
Posts (Atom)
