Monday, February 12, 2007

Kes bicara di bawah seksyen 489C dan 489D Kanun Keseksaan ditangguhkan

Mahkamah Sesyen (J2) Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes perbicaraan ke atas Mohammad Aiman (bukan nama sebenar) dan Norazah (bukan nama sebenar) yang dituduh di bawah seksyen 489C dan 489D Kanun Keseksaan setelah ditahan mengedar dan mengeluarkan salinan mata wang Malaysia pada tahun sekitar tahun 2006. Kes tersebut pernah mengemparkan Kuala Lumpur pada masa tersebut terutama ketika itu terdapat cerita bahawa di pasar malam terdapatnya sekumpulan yang mengedarkan wang palsu.

Peguambela, Encik Hisham telah memohon kepada pihak Mahkamah yang Mulia bagi suatu penangguhan kepada perbicaraan tersebut memandangkan kesemua dokumen yang dimohon oleh pihak pembelaan semenjak 12hb September 2006 gagal dibekalkan kepada pihak Pembelaan. Dalam masa yang sama, anakguam beliau iaitu Norazah tidak dapat menghadiri Mahkamah pada pagi ini memandangkan cuti bersalin bagi anak pertama.

Pihak Mahkamah yang Mulia membenarkan penangguhan tersebut memandangkan pihak Mahkamah juga mempunyai satu kes sambung bicara yang perlu didahulukan.

Pihak Pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya Abarzee tidak mempunyai apa jua bantahan mengenai permohonan tersebut.

1 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►