Website - Blog
Powered by Facebook - Website

Monday, October 15, 2018

[311.18] SELESAI MASALAH MELALUI PERBINCANGAN


Perbincangan satu alternatif kepada pertikaian. Dalam perundangan ada proses mediasi dan juga arbitrasi yang lebih mesra kepada perbincangan.

Sebelum proses perundangan juga, perbincangan boleh dibuat di peringkat dengan peguamcara atau setiap pihak melantik peguam. Jika capai satu persetujuan, boleh dibuat perjanjian dan dilaksanakan perjanjian tanpa melibatkan mahkamah ataupun proses perundangan yang rumit.

Masalahnya adalah tolak ansur dan profesionaliti peguamcara. Ada peguamcara lebih mahukan litigasi dengan kos lebih tinggi. Ada peguamcara mahukan keadilan dan penyelesaian yang segera dan memuaskan hati semua pihak.

Begitu juga dengan anakguam. Ada yang mahukan lebih. Tamak erti kata lain. Ada yang mahukan keadilan dan tidak memikirkan kebendaan semata-mata. Ada pula yang tidak boleh berkompromi dalam isu-isu sampingan seperti kos peguam, kos perlaksanaan dan sebagainya.

Kalau semua boleh bertolak ansur, keadilan bukan sukar nak dilaksanakan sehingga banyak masalah terutama isu keluarga menyukarkan pihak Mahkamah. Malah apa jua keputusan mahkamah akan memberikan impak negatif kepada hubungan kekeluargaan itu.

Hari ini klien-klien bersetuju kepada cadangan peguam kami dan semua berpuashati. Kos peguam tidak banyak. Mahkamah tidak pening kepala. semua happy dan bahagia.

Ini bukan terhad kepada masalah tanah, kekeluargaan dan litigasi sahaja tetapi juga kepada isu rumah tangga. Semua masalah ada jalan keluar dengan baik. Tidak semestinya diakhiri dengan pengakhiran yang negatif dan memecahkan keluarga itu.

Semoga semua baik-baik.

NOTA: Ada meeting dan konsultansi daripada pagi lagi di pagi sabtu. Esok kerja di Mahkamah di pagi ahad. Mudahkan urusan semua orang setakat mampu.
 — at Hisham Nazir & Cronies.

[310.18] TETUAN HISHAM NAZIR & CO, UKM BANGI (2018/2019)


Alhamdulillah
Bersama 6 bakal pegawai undang-undang di bawah Kumpulan 2 FUU UKM yg mana di bawah nama firma guaman Hisham Nazir & Co (tujuan moot trial Fakulti Undang- Undang UKM).

Mereka datang melawat "HQ" semalam. Sekali minta sponsor, kebetulan apa yg mereka minta ada barangnya.

[309.18] BERTOLAK ANSUR ITU BAGUS KEPADA KEADILAN



Rakan Peguam maklumkan saya beberapa minggu lepas kes rayuan Plaintif ditolak dengan kos. Satu tuntutan hutang yang dipertikaikan amaunnya. Bila klien mengakui setakat mana berhutang dan sedia menyelesaikannya, pihak lawan enggan. Sekadar kaunsel kecil.

Pihak kami menang kes semasa di mahkamah rendah dan kini di peringkat rayuan.

Pada satu ketika, pihak lawan terlewat dalam melaksanakan arahan peruntukan dan mahkamah. Tapi kami merujuk kpd anakguam dan nasihatkan "kita lawan merit kes dan tidak perlu kepada isu teknikaliti yang terlalu remeh"

Mungkin klien pun sedar dia berhutang cuma rakan Plaintif kehendakan amaun lebih jauh besar daripada nilai sebenar, dia kata "okay. Kita lawan gentlemen"

Peguam lawan pun berterima kasih. Biar tidak menjadi kawan sebaik mana, kami rasakan sikap bertolak ansur dan membuka ruang kepada keadilan sebenar adalah satu dakwah dan wajah baik sebagai peguam muslim. 

Dengan keterangan dan ekshibit serta hujahan yg ada, kami tetap menang kes. Bukan kerana kami lebih baik daripada mereka tetapi mungkin kedua-dua mahkamah sependapat dengan kami pada kes ini.

Banyak kes kami buat dan lalui, semuanya bergantung kpd klien. Tetapi klien juga bergantung kpd nasihat peguam. Menjadi hak mereka untuk lawan kes sudut merit fakta dan teknikal perundangan tapi janganlah terlalu dilihat hilangnya tugasan peguam untuk memberikan hak bicara dan keadilan kepada semua pihak dan sudut.

Pada akhirnya kita kena faham peguam hanya membawa ketengah isu tertentu dalam memberikan gambaran hak dan kebenaran serta mencari jalan penyelesaian terbaik bagi keadilan pihak-pihak.

Akhirnya kita faham bahawa "we handling our clients' problem and not our problem"

Esok-esok kita jumpa lagi di Mahkamah. Takkan nak masam muka.

"Send my regards tu Cik Hisham" kata lawyer lawan

Friday, October 12, 2018

[308.18] TIDAK BERBALOI

Samun kedai dobi: Pembantu kedai dihukum penjara 12 tahun, 9 sebatan
Tertuduh Muhamad Zulfikar Nazriq Mohd Zahir mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan kali kedua di hadapan hakim.
Hakim N. Priscilla Hemamalini kemudian menjatuhkan hukuman empat tahun penjara dan tiga sebatan terhadap Muhamad Zulfikar Nazriq bagi setiap pertuduhan dan hukuman dijalankan secara berasingan dari tarikh mula ditangkap.

[307.18] PERLAKSANAAN HUKUMAN MATI DIMANSUHKAN


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan akan dimansuhkan di negara ini.
Sehubungan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, semua pelaksanaan hukuman mati akan ditangguhkan sehingga pemansuhan itu berkuat kuasa.
Beliau berkata, Kabinet sudah membuat keputusan untuk memansuhkan pelaksanaan hukuman mati, bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diperincikan.
BHARIAN.COM.MY
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan akan dimansuhkan di negara ini.

Older Post ►